11 October 2009

::..Mak....::

Owh mak...tak rela melihat keadaan mak ketika ku sampai kerumah...mak menangis kesakitan..call dari abah memberitahu keadaan yang hanya demam pada tengahari itu suruh ku pulang. Hati ku tidak tenteram.. terus memberitahu bosku yang aku ingin mengambil cuti setengah hari. Hari itu adalah hari kedua bekerja selepas 7 hari aku mengambil cuti raya.. Selepas bergegas mengambil anak dirumah baby sitter..aku cuba drive dalam keadaan tenang dan berdoa agar keadaan mak baik...Emak tidak seperti yang kusangka..mak terbaring kesakitan...terus ku bertanya kepada abah..kenapa dengan mak..ku diberitahu..mak muntah-muntah pagi itu sehingga keluar darah..tapi abangku telah membawanya ke klinik swasta..."Apa??!!..Mana boleh..ini kena bawak hospital...".."Mak taknak"..jawab abah.. Sambil kumemeluk mak..aku memujuk emak dalam linangan airmata Emak tak pernah sakit sebegitu teruk..Sepanjang Ku dibesarkan mak sangat aktif dan jarang demam..tapi kali ini..kesakitanmak buatku amat sedih...Sudah lama ku tahu, emak sangat takut ke hospital..memujuk mak amat buat ku mengeluarkan airmata..Aku adalah anak mak yang paling rapat...Dengan berat mak menurut pujukan ku.....Sampai ke hospital, mak terus ditolak ke bilik kecemasan..bermacam-macam wayar yang dipasang..dan mulutku tak abis-abis menanyakan itu ini kepada doktor dan berdoa supaya mak diselamatkan dari segala penyakit...Akhirnya doktor memberitahu yang mak mengalami pendarahan dalam perut...Ya Allah!!!..Satu pembedahan terpaksa dilakukan ketika itu juga. Berbekalkan doa, berharap emak selamat..Mak mengerang kesakitan ketika kamera dimasukan kedalam perut...Hanya ku yang menemani mak ketika itu...Abah tidak ku izinkan ikut sama kerana keadaan abah yang uzur...Selama 4 hari mak dihospital...Selama itulah aku menemai mak..tidur bersama-sama mak dihospital..tak rela kubiarkan mak keseorangan..masihku ingat jasa mak menjagaku selepas ku bersalin anak kedua melalui pembedahan...kini tiba giliran ku pula untuk membalas jasa kesusahan dan keperitan mak..Setelah hampir 3 minggu berlalu..keadaan mak semakin pulih..walaupun tak sesihat dulu..tapi doaku sentiasa ada untuk mak yang kusayangi...























0 comments: